expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 10, 2020

Aufa 1st School

Aufa dah mula sekolah tahun ni.
Jan 2020- Mac 2020, April 2020-Jun 2020 PKP, then July 2020 sambung school.
Dugaan Covid19 tahun 2020 ni. 

Aufa 4 tahun.
Hantar awal sebab dia beria nak sekolah dari tahun lepas.
setahun juga mama google2 choose the best among the best.
Finally choose Little Caliph. the main reason mama pilih sini sebab Aufa yang suka when she enter this school. another reason banyak sangat and I have google all those thing almost 1 year.

Aufa was super cute. she only cried for day 1. after that tak sabar-sabar nak masuk school.
belajar dan bermain lah dengan gembira kakak Aufa .


Thursday, July 9, 2020

Ali Seyf 1-5 Months.

Aci tak mama gabungkan semua gamba dalam satu entry? hahaha sory Ali kehidupan semakin busy.
Tak sangka anak jate mama dah 5 bulan going 6. kejapnya rasa. seronoknya rasa ada 2 orang anak. Ali mcm ubat penenag tengok je muka dia terus rasa tenang je. sekarang dah pandai meniarap otw nak merangkak. tak lama lagi boleh makan dah. yeayy.

 Ali memang jenis tenang je, tak berapa nak nangis ketawa pun comel-comel je lelaki sangat! 

umur 7 hari






My 2nd baby.

Alhamdulilah tuptup dah bulan 7 2020. banyak sangat nak tulis tapi tiada kesempatan. tapi memori yang ni perlu dicatatkan. kelahiran anak kedua kami.

sepatutnya due nya 14.2.2020 tapi tetiba dia nak keluar 19.1.2020 jauh ya bezanya hampir sebulan. Alhamdulilah dimudahkan sekejap je dah keluar. hahahah.

Alkisahnya panjang,
18/1/2020 siangnya mama bali kampung Segamat sebab ada wedding member UPM, then lepas habis wedding stay rumah mak sebab malamnya tu papa nak ke dinner ofis dia. tinggallah mama dgn aufa atu and nenek. sekali pukul 3.00 pagi papa balik, mama bangun rasa nak kencing sekali air keluar tak berhenti tak boleh stop. OMG air ketuban pecah rupanya! serius tak pernah ada pengalaman air ketuban pecah masa Aufa dulu turun tanda darah je.

macam blur kejap sufyan pulak baru nak letak kepala lepas drive ulang laik dari PD-Segamat-Nilai-PD. last2 mak cakap kena gi hospital ni sebab air ketuban laju sangat takut baby lemas pulak. ok pergi lah ke hospital segamat sampai je dah pukul 5, ayah yang hantar sebab sufyan kata dia pening and muntah2 ( aku tak faham sungguh lah time penting boleh pulak dia macam2 hal). sampai hospital segamat, tanya doktor boleh ke saya nak balik PD. doktor kata tak boleh takut terbesalin awal dalam kereta. dia jangka bersalin pukul 4ptg paling lewat tapi bila-bila masa boleh bersalin sebab progress bukaan agak cepat.


kelakar tak baju baby semua tak bawak. betul2 tak expect bersalin kat segamat sebab mmg pagi2 tu cadang nak balik PD dah. mmg xsangka awal sampai sbulan expect awal seminggu je. so memang ambil ikhtibar sungguh! berpusing lah si sufyan balik PD ambil semua barang2 persiapan.

10.00am masuk LR bukaan 6, kemungkinan 2.00pm bersalin. Berdebar kat labor room, nurse tanya "suami puan mana?", "takda dia lambat sikit, Mak saya ada kat luar, boleh panggil dia ke nurse". "boleh puan". sorang2 dalam LR buat diri tak tenteram melayan sakit rasa lama sangat ada mak ok lah sikit mak layan borak. 12.00 sufyan sampai I tak dengar dah kiri kanan apa benda sakit dah tahan dewa dewi kahkah. Nurse suruh teran, teran teran tak keluar sebabnya baby agak besr 2.9k hahaha adei tak berapa pandai plus emosi kelaut sebab unexpected bersalin dgn takda persiapan. sedih! last2 nurse kata vacumm takut baby lemas, Allahu dengar je vacuum segala kekuatan datang sebab takut kepala anak senget takut luka banyak. sedaya upaya dengan semua kekuatan tepat jam 1.00 petang keluarkan seketul Ali Seyf Bin Muhamad Sufyan. Alhamdulilah!!!

Copyright© All Rights Reserved akmaredoz.blogspot.com